mencari cinta ilahi

Sunday, 27 May 2012

bercintalah dengan ikhlas

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "


PESONANYA IKHLAS <3

Daripada Amirul Mukminin,Umar bin al-Khatab r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalu niat. Dan bagi setiap individu akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasulnya maka dia menuju Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada dunia kerana ingin memperolehnya, atau wanita kerana ingin dinikahnya maka dia menuju kepada apa yang dihijrahkan."
(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut menekankan salah satu elemen yang penting ke arah mencapai keikhlasan dalam beribadah iaitu perihal niat Ia juga memberitahu kita bahawa setiap amalan yang dilakukan haruslah disertakan dengan niat yang betul. Sebenarnya ikhlas merupakan suatu sifat yang sukar dimiliki oleh umat Islam dalam setiap amalannya kerana ianya bukan dinilai melalui banyaknya seseorang itu mengerjakan amalan mahupun dengan lafaz keikhlasan yang diucapkan.  

APA PENTINGNYA NIAT?

Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu."

Seterusnya ia juga boleh dikuatkan lagi dengan mempunyai hati yang baik,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dan ketahuilah bahawa setiap jasad itu mempunyai seketul daging.Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan sekiranya ianya rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Ia adalah seketul hati."

Hati merupakan platform kepada manusia sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Dan semua kebaikan meskipun keburukan juga datangnya daripada seketul hati. Hakikatnya, hati sebenarnya merupakan raja segala anggota diri yang mengawal serta mengerahkan tentera-tenteranya untuk melaksanakannya. Jika ia dipakaikan dengan pakaian iman dan takwa serta disirami dengan zikir-zikir memuji kebesaran Allah sepanjang masa, InsyaAllah hanya pekerjaan halal yang diarahkan kepada para tenteranya untuk dilaksanakan. Akan tetapi semuanya bermula pada cara seseorang individu melatih dirinya supaya melazimi kebaikan serta mencegah kemungkaran.

KHAS BUAT BAKAL BIDADARI SYURGA :  KEIKHLASAN MELAKSANAKAN IBADAT KEPADA ALLAH DAN KECINTAAN UNTUK MENTAATINYA.

kisah wanita solehah :

1. Ketika Mu'adzah Al- Adawiyah akan meninggal dunia, dia telah menangis, dan kemudian dia tiba-tiba ketawa. Maka dia pun ditanya, " kenapa kau menangis dan tiba-tiba pula kau ketawa?" Dia pun menjawab, " Adapun tangisan yang telah kalin lihat, kerana aku terinagt bahawa aku akan berpisah dengan solat, puasa dan zikir. Maka akupun menangis kerana perkara itu. Sedangkan aku ketawa kerana, aku melihat Abu As- Shahbaa'(suaminya yang telah mati syahid) datang membawa beg berisi dua pakaian hijau dalam suatu rombongan. Demi Allah aku tidak pernah melihat yang mirip dengan pakian itu di dunia.Maka aku pun tertawa dengannya. Dan aku rasa sesudah ini aku tidak akan sempat mengerjakan solat fardhu pun." Lalu dia meninggal dunia sebelum masuk waktu solat. 

2. Ada ketika, Ummu Al-Baniin Binti Abdul Aziz, saudara perempuan Umar Ibn Abdul Aziz, pernah menjemput isteri-isteri saudaranya, Umar. Lalu mereka pun berkumpul dan berbincang-bincang, sementara dia sedang mengerjakan solat. Kemudian dia berganjak kepada mereka seraya berkata, "Aku suka perbincangan kalian, tetapi jika aku telah berdiri dalam solatku, aku pun lupa pada kalian."

Begitulah tingginya ketaatkan mereka kepada Allah s.w.t.Subhanallah, bolehkah kita menjadi seperti mereka? inilah persolan yang bermain di fikiran ana semasa membaca kisah-kisah wanita solehah yang merupakan bidadari syurga ini.
 Sebenarnya, kita juga boleh melalukan sedemikian. Nothing is impossible! Kita tidak dapat mencintai-Nya kecuali ketika dia membukakan pintu cinta itu. dan sebenarnya pintu-Nya sentiasa terbuka bagi setiap orang yang menginginkannya. Tetapi kita tidak akan menemui jalannya kecuali menggunakan jalan Al-Quran dan Sunnah.

"Allah telah mencintai mereka. Dan mereka pun mencintai-Nya."
(Al-Ma-idah:54) 


Imam Ibn Al-Qayyim berkata," Apabila pohon-pohon cinta telah tertanam di dalam hati, disirami dengan air keikhlasan dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW,dia akan mengeluarkan hasilnya setiap masa dengan izin Allah s.w.t. Akarnya tertanam dengan kukuh di dalam hatinya, sedangkan dahanya pula menjulang ke Sidratul Muntaha."

cintakan bunga ia akan layu, cintakan ALLAH ia kekal abadi 






Thursday, 24 May 2012

buat wanita muslimah : krisis mental yang dialami umat Islam, apa perananmu?



Alhamdulillah, Allah telah memberi sekali lagi peluang untuk ana berkongsi serba sedikit ilmu yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada semua. InsyaAllah, pada kali ini, ana ingin mengetengahkan tajuk yang ana rasa sangat penting untuk menggerakkan Islam pada zaman ini. seperti tajuk yang tertera,umat Islam pada zaman sekarang berperang antara nafsu dan iman yang kebanyakkannya memilih nafsu menjadi raja yang mengawal iman.. Umat Islam zaman sekarang ini sedang melalui satu zaman sulit, dimana ianya sangat berbeza dari sejarah zaman-zaman sebelum ini. Kebanyakan dari golongan ini memperlihatkan bahaya yang mengancam mereka dari luar,sementara berbagai-bagai penyakit yang dihidapi oleh tubuh mereka dari dalam. Inilah yang dinamakan penyakit hati iaitu Wahn 

Secara tidak langsung, kata-kata Nabi Muhammmad sebelum ini memang ditujukan kepada umat Islam zaman sekarang.Ketika baginda bersabda :"Hampir tiba masanya ketika umat-umat lain merebut kamu,sepertimana orang-ornag yang hendak makan merebut-rebut hidangannya. Para sahabat berkata, "apakah kerana jumlah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab," Tidak, bahkan pada ketika itu jumlah kamu sangat banyak. Akan tetapi pada masa itu kamu terumbang-ambing seperti terumbang-ambingnya buih, dan Allah SWT pasti akan mencabut rasa segan dari hati musuh-musuh kamu,serta meletakkan rasa wahn di hati kamu," Mereka bertanya, "apakah wahn Ya Rasulullah?" lalu baginda pun menjawab, "cintakan dunia, dan bencikan kematian."

Kita harus ingat bahawa kejayaan itu tidak akan abadi,dan kejatuhan itu pula tidak akan berterusan. Bahkan Allah telah menjanjikan untuk menggilirkan hari-hari antara manusia. Yang mulia tidak akan selamanya mulia, dan yang hina tidak akn selamanya hina.
  Allah SWT telah berfirman :

"Dan masa(kejayaan dan kehancuran)itu Kami pergilirkan di antara manusia."
(Surah Ali Imran: 140)

Harus diingatkan, bahawa umat Islam tidak akan mati secara keseluruhannya,dan tidak dapat disingkirkan sehingga ianya lenyap atau musnah. Ianya hanya akan menjadi lemah dan sangat lemah.Akan tetapi, pada bila-bila masa pun, agama Islam tidak akan lenyap atau sekadar tinggal namanya,Analoginya seperti ini, jika seorang wanita ingin melahirkan anaknya, dia memerlukan para doktor dan jururawat untuk membantunya agar dia dapat melahirkan dengan selamat, begitu juga umat Islam pada zaman ini yang memerlukan bantuan masyarakat untuk memberikan dukungan,dan bersatu hati demi melahirkan semula agama Islam.Dan masyarakat yang dimaksudkan di sini bukan sahaja kaum lelaki, bahkan kaum hawa yang mempunyai peranan yang lebih besar dari lelaki.apa perananMU?

 Wanita sebenarnya termasuklah dalam masyarakat secara keseluruhannya, seperti kata pendakwah yang selalu kita dengar " Kamu adalah sebahagian dari masyarakat dan kamu melahirkan sebahagian lagi. dan ini bererti kamu adalah masyarakat secara keseluruhannya.
Hakikatnya, beginilah Islam memandang wanita dan beginilah Islam meletakkan peranan dan tanggungjawab yang besar pada bahu wanita sehingga membuatkan mereka mendapatkan tempat yang teratas di antara orang-orang yang mempunyai tanggungjawab dalam membangunkan Islam secara total pada hari ini.

Di mana pemimpin Muslim yang didambakan oleh umat Islam pada hari ini yang boleh mewujudkan kemenangan pada Islam dengan kuasa Allah. Semestinya pemimpin yang dimaksudkan tidak hanya turun dari langit ke tujuh ataupun keluar dari perut bumi akan tetapi dialah yang dilahirkan daripada rahim ibunya, seorang perempuan yang terdidik dengan akhlaknya yang bagus dan agamanya yang mantap akan melahirkan pemimpin tersebut.
Hal ini telah dilakukan oleh perempuan-perempuan salafus soleh bersama anak-anak mereka seperti Asma' bersama Abdullah Ibn Zubair, dan Al-Khansa bersama empat orang puteranya. 

MasyaAllah. peranan wanita pada hari ini sangatlah besar. Wanita juga memainkan peranannya yang penting dalam rumah tangga Muslim dan keluarga mawaddah serta keluarga muslim akan menjadi benteng terakhir bagi umat ini. Jika para wanita berjihad dengan baik di dalamnya, beerti dia telah melindungi umat dari bahaya yang besar serta membantu mempercepatkan kemenangan umat Islam.
 
Wanita merupakan pintu utama untuk musuh Islam masuk ke dalam dan merosakkan umat Islam secara keseluruhannya, sama ada pada masa- masa lalu atau pada masa sekarang ini.

Oleh itu, amatlah digalakkan untuk para wanita dapat memainkan peranannya, menjaga kehormatannya, dan memelihara dirinya. Insyaallah dia dapat merosakkan rancangan jahat musuh Islam serta menutup pintu besar tempat mereka masuk untuk menghancurkan masyarakat Islam. 

demikanlah peranan-peranan wanita yang harus dipikul serta digalas untuk memastikan Islam menjadi tempat yang teratas tanpa ragu-ragu. Buat para muslimah sekalian, janganlah anda berasa was-was untuk menyusuri jalan kebenaran, kerana tanpa anda Islam pasti ditindas. Mahukah anda disoal di akhirat sana mengenai apakah peranan anda dalam Islam? apa jawapan yang sesuai untuk anda memberikan jawapan kepada Allah nanti? 

"wanita solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah "    (Surah an-Nisa':34)














Wednesday, 23 May 2012

doa yang syahdu, buat pemilik nyawaku


mari sama- sama kita hayati doa ini. InsyaAllah, :))

ketakutan terhadap Allah

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk baik daripada-Mu. Dengan ilmu-Mu aku minta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta daripada-Mu daripada kelebihan-Mu yang banyak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan kesudahan urusan masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah untukku dan permudahkanlah kkepadaku.Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu tidak baik untuk agamaku, dan duniaku dan kesudahan urusanku di masa ini dan masa akan datang,maka elakkanlah dariku dan elakkanlah diruku daripadanya. Ya Allah, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa di atas suatu perkara.
*amin, semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dalam kehidupan ini.*


Tuesday, 22 May 2012

bicara kata :)

assalamualaikum Pictures, Images and Photos Alhamdulillah, akhirnya Allah telah memberikan izin untuk ana berada dalam limpah nikmatnya yang tak terkata banyaknya. Subhanallah,kerdilnya kita di atas muka bumi ini. Jika direnungkan kembali semua yang kita gunakan sekarang di dunia ini adalah pinjaman yang kita sendiri tak tahu bila Dia akan mengambilnya kembali. Sebelum tu, jum kita bertanya khabar dulu? mcmmna hari ni, sihat semuanya? Alhamdulillah kalau masih sihat, ada juga yang sakit? Alhamdulillah juga kerana itulah kifarah dosa-dosa kita.InsyaAllah. Sebenarnya hari ini, ana tidak mempunyai sebarang perkongsian untuk dikongsi. al maklumlah orang baru dalam bidang blogging ni, :).