Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk baik daripada-Mu. Dengan ilmu-Mu aku minta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta daripada-Mu daripada kelebihan-Mu yang banyak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan kesudahan urusan masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah untukku dan permudahkanlah kkepadaku.Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu tidak baik untuk agamaku, dan duniaku dan kesudahan urusanku di masa ini dan masa akan datang,maka elakkanlah dariku dan elakkanlah diruku daripadanya. Ya Allah, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa di atas suatu perkara.
*amin, semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dalam kehidupan ini.*
Tidak sempurnalah kehidupan seseorang itu jika matinya dalam keadaan kufur kepada Allah. Nauzubillah. Ya, sudah pasti kita semua tidak mahu mengakhiri riwayat hidup sebagai seorang yang kafir kerana tempatnya sudah pasti di Neraka Allah. Tapi, selama ini, pernah kita ambil masa beberapa minit untuk mengingati akan segala dosa- dosa yang lalu?ataupun selepas membuat dosa,memorinya sudah di deletekan dalam kotak ingatan ini? sudahkah kita berTAUBAT? belum? adakah kita tahu bilakah masanya kita akan dijemput menghadap-Nya?1 min lagi ke?yang pasti KEMATIAN ITU SEMAKIN HARI SEMAKIN HAMPIR.bekalan apa yang hendak dibawa nanti? duit berjuta-juta yang selama ini dikumpul hasil titik peluh kerana rasuah?apapun yang kita ada sekarang tidak akan kekal abadi kerana Allah telah berfirman:
"Apa yang ada disisimu semuanya akan lenyap,dan apa-apa yang ada di sisi Allah adalah kekal abadi" (Surah Al-Nahl:96)
MasyaAllah.. siap ada firman Allah lagi. dah terang lagi bersuluh, dan yang pasti kita tidak akan mungkin kembali lagi ke alam dunia ini untuk menebus segala dosa-dosa, perkara maksiat yang pernah kita lakukan dahulu. .jika belum, marilah sama-sama kita menginsafi segala dosa-dosa yang lalu. ingatlah, Allah itu Maha Pengampun. Dia Maha Penyayang. Kasih sayang-Nya tidak setanding dengan kasih sayang antara manusia.
Apabila sahaja seorang Muslim atau Muslimah menghadap kepada Allah SWT, ia akam mendapati pintu-pintuNya terbuka, dan apabila sahaja seseorang itu memalingkan wajah ke arah Allah SWT, ia akan mendapati bahawa Allah SWT lebih dekat padanya dibandingkan daripada dirinya sendiri yang berada di hadapannya
Allah SWT berfirman :
" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memehon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-=Ku, agar mereka sentiasa berada dalam kebenaran. " (surah Al-Baqarah:186)
jom sama-sama kita luangkan beberapa minit ni, untuk menghayati dan menginsafi segala dosa-dosa kita :)
InsyaAllah, Allah itu Maha Penerima Taubat.

No comments:
Post a Comment