![]() | |||
| "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " |
PESONANYA IKHLAS <3
Daripada Amirul Mukminin,Umar bin al-Khatab r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalu niat. Dan bagi setiap individu akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasulnya maka dia menuju Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada dunia kerana ingin memperolehnya, atau wanita kerana ingin dinikahnya maka dia menuju kepada apa yang dihijrahkan."
(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut menekankan salah satu elemen yang penting ke arah mencapai keikhlasan dalam beribadah iaitu perihal niat Ia juga memberitahu kita bahawa setiap amalan yang dilakukan haruslah disertakan dengan niat yang betul. Sebenarnya ikhlas merupakan suatu sifat yang sukar dimiliki oleh umat Islam dalam setiap amalannya kerana ianya bukan dinilai melalui banyaknya seseorang itu mengerjakan amalan mahupun dengan lafaz keikhlasan yang diucapkan.
APA PENTINGNYA NIAT?
Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu."
Seterusnya ia juga boleh dikuatkan lagi dengan mempunyai hati yang baik,
Sabda Rasulullah s.a.w.:
" Dan ketahuilah bahawa setiap jasad itu mempunyai seketul daging.Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan sekiranya ianya rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Ia adalah seketul hati."
Hati merupakan platform kepada manusia sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Dan semua kebaikan meskipun keburukan juga datangnya daripada seketul hati. Hakikatnya, hati sebenarnya merupakan raja segala anggota diri yang mengawal serta mengerahkan tentera-tenteranya untuk melaksanakannya. Jika ia dipakaikan dengan pakaian iman dan takwa serta disirami dengan zikir-zikir memuji kebesaran Allah sepanjang masa, InsyaAllah hanya pekerjaan halal yang diarahkan kepada para tenteranya untuk dilaksanakan. Akan tetapi semuanya bermula pada cara seseorang individu melatih dirinya supaya melazimi kebaikan serta mencegah kemungkaran.
KHAS BUAT BAKAL BIDADARI SYURGA : KEIKHLASAN MELAKSANAKAN IBADAT KEPADA ALLAH DAN KECINTAAN UNTUK MENTAATINYA.
kisah wanita solehah :
1. Ketika Mu'adzah Al- Adawiyah akan meninggal dunia, dia telah menangis, dan kemudian dia tiba-tiba ketawa. Maka dia pun ditanya, " kenapa kau menangis dan tiba-tiba pula kau ketawa?" Dia pun menjawab, " Adapun tangisan yang telah kalin lihat, kerana aku terinagt bahawa aku akan berpisah dengan solat, puasa dan zikir. Maka akupun menangis kerana perkara itu. Sedangkan aku ketawa kerana, aku melihat Abu As- Shahbaa'(suaminya yang telah mati syahid) datang membawa beg berisi dua pakaian hijau dalam suatu rombongan. Demi Allah aku tidak pernah melihat yang mirip dengan pakian itu di dunia.Maka aku pun tertawa dengannya. Dan aku rasa sesudah ini aku tidak akan sempat mengerjakan solat fardhu pun." Lalu dia meninggal dunia sebelum masuk waktu solat.
2. Ada ketika, Ummu Al-Baniin Binti Abdul Aziz, saudara perempuan Umar Ibn Abdul Aziz, pernah menjemput isteri-isteri saudaranya, Umar. Lalu mereka pun berkumpul dan berbincang-bincang, sementara dia sedang mengerjakan solat. Kemudian dia berganjak kepada mereka seraya berkata, "Aku suka perbincangan kalian, tetapi jika aku telah berdiri dalam solatku, aku pun lupa pada kalian."
Begitulah tingginya ketaatkan mereka kepada Allah s.w.t.Subhanallah, bolehkah kita menjadi seperti mereka? inilah persolan yang bermain di fikiran ana semasa membaca kisah-kisah wanita solehah yang merupakan bidadari syurga ini.
Sebenarnya, kita juga boleh melalukan sedemikian. Nothing is impossible! Kita tidak dapat mencintai-Nya kecuali ketika dia membukakan pintu cinta itu. dan sebenarnya pintu-Nya sentiasa terbuka bagi setiap orang yang menginginkannya. Tetapi kita tidak akan menemui jalannya kecuali menggunakan jalan Al-Quran dan Sunnah.
"Allah telah mencintai mereka. Dan mereka pun mencintai-Nya."
(Al-Ma-idah:54)
Imam Ibn Al-Qayyim berkata," Apabila pohon-pohon cinta telah tertanam di dalam hati, disirami dengan air keikhlasan dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW,dia akan mengeluarkan hasilnya setiap masa dengan izin Allah s.w.t. Akarnya tertanam dengan kukuh di dalam hatinya, sedangkan dahanya pula menjulang ke Sidratul Muntaha."
![]() | ||||||
| cintakan bunga ia akan layu, cintakan ALLAH ia kekal abadi |


No comments:
Post a Comment