mencari cinta ilahi

Thursday, 24 May 2012

buat wanita muslimah : krisis mental yang dialami umat Islam, apa perananmu?



Alhamdulillah, Allah telah memberi sekali lagi peluang untuk ana berkongsi serba sedikit ilmu yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada semua. InsyaAllah, pada kali ini, ana ingin mengetengahkan tajuk yang ana rasa sangat penting untuk menggerakkan Islam pada zaman ini. seperti tajuk yang tertera,umat Islam pada zaman sekarang berperang antara nafsu dan iman yang kebanyakkannya memilih nafsu menjadi raja yang mengawal iman.. Umat Islam zaman sekarang ini sedang melalui satu zaman sulit, dimana ianya sangat berbeza dari sejarah zaman-zaman sebelum ini. Kebanyakan dari golongan ini memperlihatkan bahaya yang mengancam mereka dari luar,sementara berbagai-bagai penyakit yang dihidapi oleh tubuh mereka dari dalam. Inilah yang dinamakan penyakit hati iaitu Wahn 

Secara tidak langsung, kata-kata Nabi Muhammmad sebelum ini memang ditujukan kepada umat Islam zaman sekarang.Ketika baginda bersabda :"Hampir tiba masanya ketika umat-umat lain merebut kamu,sepertimana orang-ornag yang hendak makan merebut-rebut hidangannya. Para sahabat berkata, "apakah kerana jumlah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab," Tidak, bahkan pada ketika itu jumlah kamu sangat banyak. Akan tetapi pada masa itu kamu terumbang-ambing seperti terumbang-ambingnya buih, dan Allah SWT pasti akan mencabut rasa segan dari hati musuh-musuh kamu,serta meletakkan rasa wahn di hati kamu," Mereka bertanya, "apakah wahn Ya Rasulullah?" lalu baginda pun menjawab, "cintakan dunia, dan bencikan kematian."

Kita harus ingat bahawa kejayaan itu tidak akan abadi,dan kejatuhan itu pula tidak akan berterusan. Bahkan Allah telah menjanjikan untuk menggilirkan hari-hari antara manusia. Yang mulia tidak akan selamanya mulia, dan yang hina tidak akn selamanya hina.
  Allah SWT telah berfirman :

"Dan masa(kejayaan dan kehancuran)itu Kami pergilirkan di antara manusia."
(Surah Ali Imran: 140)

Harus diingatkan, bahawa umat Islam tidak akan mati secara keseluruhannya,dan tidak dapat disingkirkan sehingga ianya lenyap atau musnah. Ianya hanya akan menjadi lemah dan sangat lemah.Akan tetapi, pada bila-bila masa pun, agama Islam tidak akan lenyap atau sekadar tinggal namanya,Analoginya seperti ini, jika seorang wanita ingin melahirkan anaknya, dia memerlukan para doktor dan jururawat untuk membantunya agar dia dapat melahirkan dengan selamat, begitu juga umat Islam pada zaman ini yang memerlukan bantuan masyarakat untuk memberikan dukungan,dan bersatu hati demi melahirkan semula agama Islam.Dan masyarakat yang dimaksudkan di sini bukan sahaja kaum lelaki, bahkan kaum hawa yang mempunyai peranan yang lebih besar dari lelaki.apa perananMU?

 Wanita sebenarnya termasuklah dalam masyarakat secara keseluruhannya, seperti kata pendakwah yang selalu kita dengar " Kamu adalah sebahagian dari masyarakat dan kamu melahirkan sebahagian lagi. dan ini bererti kamu adalah masyarakat secara keseluruhannya.
Hakikatnya, beginilah Islam memandang wanita dan beginilah Islam meletakkan peranan dan tanggungjawab yang besar pada bahu wanita sehingga membuatkan mereka mendapatkan tempat yang teratas di antara orang-orang yang mempunyai tanggungjawab dalam membangunkan Islam secara total pada hari ini.

Di mana pemimpin Muslim yang didambakan oleh umat Islam pada hari ini yang boleh mewujudkan kemenangan pada Islam dengan kuasa Allah. Semestinya pemimpin yang dimaksudkan tidak hanya turun dari langit ke tujuh ataupun keluar dari perut bumi akan tetapi dialah yang dilahirkan daripada rahim ibunya, seorang perempuan yang terdidik dengan akhlaknya yang bagus dan agamanya yang mantap akan melahirkan pemimpin tersebut.
Hal ini telah dilakukan oleh perempuan-perempuan salafus soleh bersama anak-anak mereka seperti Asma' bersama Abdullah Ibn Zubair, dan Al-Khansa bersama empat orang puteranya. 

MasyaAllah. peranan wanita pada hari ini sangatlah besar. Wanita juga memainkan peranannya yang penting dalam rumah tangga Muslim dan keluarga mawaddah serta keluarga muslim akan menjadi benteng terakhir bagi umat ini. Jika para wanita berjihad dengan baik di dalamnya, beerti dia telah melindungi umat dari bahaya yang besar serta membantu mempercepatkan kemenangan umat Islam.
 
Wanita merupakan pintu utama untuk musuh Islam masuk ke dalam dan merosakkan umat Islam secara keseluruhannya, sama ada pada masa- masa lalu atau pada masa sekarang ini.

Oleh itu, amatlah digalakkan untuk para wanita dapat memainkan peranannya, menjaga kehormatannya, dan memelihara dirinya. Insyaallah dia dapat merosakkan rancangan jahat musuh Islam serta menutup pintu besar tempat mereka masuk untuk menghancurkan masyarakat Islam. 

demikanlah peranan-peranan wanita yang harus dipikul serta digalas untuk memastikan Islam menjadi tempat yang teratas tanpa ragu-ragu. Buat para muslimah sekalian, janganlah anda berasa was-was untuk menyusuri jalan kebenaran, kerana tanpa anda Islam pasti ditindas. Mahukah anda disoal di akhirat sana mengenai apakah peranan anda dalam Islam? apa jawapan yang sesuai untuk anda memberikan jawapan kepada Allah nanti? 

"wanita solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah "    (Surah an-Nisa':34)














2 comments: